LD Blog 14: Lekordrift Product Trial - Lekordriftkhana!
Jumpa lagi…Apo kabo??
Selepas mengkaji,menilai dan memerah idea, akhirnya kami berjaya menguji ‘prototype’ produk terkini Lekordrift. - LEKORDRIFTKHANA !
“LEKORDRIFTKHANA Info -
1) Ia memberi peluang kepada beginner2 drifter yang menggunakan enjin ’standard’ untuk beraksi dan mencari pengalaman dalam event drift.
2) Mengasah skill asas drift dalam bentuk format event.
3) Treknya yang direka khas agar memberi cabaran dan menguji tahap penguasaan yang maksimum buat mereka2 yang berkemahiran tanpa memerlukan sebuah kereta yang berkuasa tinggi.
4) Sebagai satu alternatif buat drifter2 standard yang berasa tercicir dengan format2 event drift yang berada di pasaran kini.
5) Sebagai satu tapak permulaan untuk drifter2 mengasah bakat terpendam dan memasuki event2 dan liga2 drift di Malaysia.
6) Ianya berdasarkan format Autokhana, tetapi ia lebih kepada aspek drift dan markah pada ‘angle’ di setiap drift point.
***********************************************************
Pada 16 May lepas, bertempat di Trek LD, Lekordriftkhana Trial Session berjalan dengan lancar. Namun begitu, terdapat juga beberapa masalah dan insiden minor yang menguji naluri kesukanan para2 LD drifter. Tapi, objektif perlu diteruskan walau apa pun yang melanda. Chewahhh…
Ujian ini dibuat secara tertutup kerana faktor keselamatan dan kelancaran sesi ujian ‘prototype’ tersebut. Mereka yang terlibat ialah Harista, Kazami, Zambrota dan Halim. Terima kasih juga kepada VIP guest iaitu ahli keluarga drifter, Serol TNB dan Sheikh MPK kerana sudi meluangkan masa.
Hari tersebut juga merupakan sesi terakhir sebelum bercuti panjang kerana akan sibuk dengan xtvt Plant Turnaround (susah nak explain
Inilah kerja kami).
Keseluruhannya, berjalan sempurna. Cuma sedikit malang untuk Harista kerana masalah teknikal kereta yang tidak dapat dijangka. Ia telah membantutkan sesi ujian buat Babil (Buah hati Harista).
Berjumpa lagi pada bulan Julai. InsyaAllah… 2nd trial Lekordriftkhana. Juga, Event Lekordriftkhana akan menyusul buat drifter2 Pantai Timur.
LAKARAN TREK SECARA CAKAR AYAM:

GAMBAR2:






VIDEO2 (maaf kualiti kurang menarik):
Kazami
Harista
Zambrota
LD Blog 13: Liputan Khas ke TOCC.
Pada 3 Apr 09 yang lepas, pihak kami secara tidak dirancang telah berjaya membuat liputan mengejut ke tapak latihan TOCC (Terengganu Oldschool Car Club) yang bertempat di Stadium SMZA, Kuala Terengganu.
Wakil LD yang telah membuat liputan ialah Kazami dan Zambrota. Walaupun ianya tidak dirancang, namun kehadiran kami telah disambut mesra oleh team TOCC. Terima kasih kepada Mr.Fizza, Mr.Ya dan lain2 yang kami temui. (Maaf kami tidak ingat nama semua ahli TOCC
)
Sempat la juga kami mengambil beberapa foto sebagai liputan rasmi dari pihak LD. Setelah menyaksikan dan menikmati sesi latihan drift TOCC, kami bergerak untuk sesi TT sebagai penutup untuk liputan kami. Banyak info2 dan aktiviti2 terkini drift antara LD dan TOCC telah dikongsi secara interaktif melalui Laptop semasa TT tersebut. Juga event2 yang bakal berlangsung yang akan dianjurkan oleh TOCC. InsyaAllah, pihak LD akan cuba memeriahkan aktiviti sukan drift di Terengganu bersama pihak TOCC.
Akhir kata, terima kasih kepada pihak TOCC di atas layanan yang telah diberikan. Kami menghargai usaha kalian semua. Semoga drift terus meluas dengan suasana yang sihat dan bersemangat di Pantai Timur.
Kita layan foto2 semasa liputan tersebut:
Sesi Latihan
Sesi TT time (Teh Tarik)
Mr.Zakaria @ Pok Ya
(baju merah)
Mr.Fizza
Bonus! Video Xklusif TOCC bersama crew ASTRO
LEKORDRIFT.COM
LD Blog 12: Latihan Yang Pertama 2009.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jumpa lagi kita yerk!!! Apa cerita terbaru LD? Ni dia ceritanya…
Pada 28 Feb 2009, buat pertama kalinya dalam tahun 2009 sesi latihan berjaya dijalankan dengan jayanya. Tapi berbeza sikit kali ini. Sesi telah dijalankan secara ‘tertutup’. Khusus untuk ahli LD sahaja. Juga,tidak dibuka untuk tontonan umum. Ala2 privasi…
Di masa yang lain,kami akan adakan latihan secara ‘terbuka’ pula.
Memandangkan ianya secara tertutup, cuma 2biji kereta sahaja yang terlibat pada hari tersebut. Kereta Zambrota (Boboy) dan Harista (Babil). Latihan bermula seawal jam 10.00 pagi. Terbahagi 2 sesi. Sesi pagi dan petang. Pada sesi pagi, kami set trek pada Drift Attack style. Cuma Boboy saja untuk latihan Drift Attack. Babil pula sesi panaskan badan dan suaikenal trek. Maklumlah, ini kali ke-2 Babil masuk trek. Latihan sebelah pagi berjalan lancar dan Boboy dapat menyesuaikan dirinya dengan Drift Attack trek. Bolehla buat ‘Drift Show’ lepas ni
Sebelah petang pula, latihan ditumpukan khusus untuk Babil saja. Babil yang bernadikan 4AGE dan dipacukan FWD (Full Welded Differential) telah memulakan asa2 drift dengan jayanya. Bermula dengan ‘Donut’ sehinggalah ke medium speed. Babil tidak menunjukkan kegugupannya. Malah, hari tersebut adalah hari ‘full blast’ untuknya. Kepuasan juga dirasakan oleh drifternya, Harista Drifto Setta.
Secara keseluruhannya, latihan berjalan lancar. Ditambah pula dengan supporter2 dari ahli keluarga yang datang memberikan sokongan moral.
Terima kepada team member yang lain walaupun mereka tidak dapat terlibat secara lansung pada sesi kali ini (Kifli Drifto Otai, Amri Drifto Datto, Duan Drifto Scooby)
Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung (Kazami Drifto Rodeo, Harista Drifto Setta, Zambrota Drifto Zona dan Halim Drifto Killo)
Terima kasih kepada supporter (Firdaus Otai Drifter KL + keluarga, Sheikh MPK + keluarga dan keluarga Zambrota). Buat Firdaus, banyak skill2 drift yang telah diperturunkan dan amat berguna untuk LD mempraktikkannya.
Sekarang, kita layan gambar dan jumpa lagi di episod akan datang. Ariosss….
p/s: Maaf,video tiada kerana masalah teknikal.
Gambar set-up trek:
Gambar Pit Stop:
Gambar Aksi:
Gambar Supporter:
Organizer Of The Day:
lekordrift.com
LD Blog 11: Kemaman Auto Extreme Machine 2009.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kemaman Auto Extreme Machine telah pun melabuhkan tirainya pada 15 Feb’09 yang lepas. Misi kami telah terlaksana dgn jayanya. Dengan semangat yang ada, kami telah berjaya membawa pulang kenangan yang manis tanpa apa2 harapan pada mulanya.
Misi sebenar kami ialah untuk memperkenalkan secara lebih dekat/langsung pada komuniti Kemaman akan kewujudan LEKORDRIFT yang membawa satu fenomena baru dalam sukan permotoran di Terengganu. Fenomena ‘Sukan Drift’.
Idea untuk masuk Autoshow adalah datang dari LD Presiden-Kazami. “Ini peluang kita untuk bertemu dgn komuniti” katanya. Tanpa berfikir panjang kami sepakat untuk menmanfaatkan peluang tersebut. Segala perancangan pun bermula.
Cara terbaik untuk memberi maklumat kepada masyarakat ialah dengan memberikan broshure/phamplet. Kami berjaya menyiapkannya untuk dibawa ke Kemaman.

Persiapan selebihnya telah dibereskan oleh Kazami. Beliau telah membuat kejutan dgn poster LEKORDRIFT yang bersaiz agak memeranjatkan ‘tuan punya kereta’.
LEKORDRIFT cuma menghantar sebiji kereta sahaja. Ini adalah kerana kereta2 yang lain masih berada di bengkel.
Sambutan dari pengunjung tempatan memang menggalakkan. Walaupun hari Ahad (Ahad Terengganu kerja) . Rata2 mereka yang berkunjung ke tapak show LEKORDRIFT agak terkejut dgn kehadiran kereta drift sebenar dalam autoshow.Kalau nak diikutkan, kereta kami yang otai. Mana tidaknya, keta tahun 80an masuk show dgn kereta2 generasi terkini. Apapun, inilah pendedahan yang masyarakat perlu tahu bahawa kereta2 lama bukan duduk rumah makan duit pencen,tapi masih gagah beraksi drift.
Kenangan manis? Kami tak sangka lansung untuk mendapat tempat dalam top 3 kategori Open Standard. Alhamdulillah, kalau dah rezeki tak ke mana, kami mendapat tempat ke-3. Memang sesuatu yang manis bagi wakil LEKORDRIFT pada hari tersebut. Namun begitu, kami mengharapkan nasib yang sama pada event2 drift pula. Ini yang paling manis kami inginkan pada masa akan datang.
Apapun, secara keseluruhan kami berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak penganjur. Harap2 dapat sertai lagi kalau ada.
Akhir kata, di kesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada:
Secara lansung:-
1) Wakil LEKORDRIFT (Kazami,Harista dan Zambrota)
2) Penganjur - Majlis Perbandaran Kemaman dan Leader Motorsports.
3) Sponsorship - Street Division Auto Kuantan,Mr.Ijan.
4) Konvoi team - Kaizen East Coast Motorsports,Mr.Amin.
Secara tidak lansung:-
1) LEKORDRIFT team member.
2) Pengunjung fanatik - Mr.Firdaus (D1 otai), Mr.Sheikh (MPK).
3) Pengunjung2 tapak show LEKORDRIFT.
Jumpa lagi team LEKORDRIFT pada drift show pula!!! (Kalau MPK ada anjur la…)
Kita layan gambaz sampai lebammm…Layannn…
lekordrift.com
LD Blog 10: Virus drift di Terengganu.
Kabare? (Apa kabo dlm bahasa jawa). Fuh…dah nak abih ye bulan Jan tahun 2009. Ye la, bila sampai Raya Cina, dah sampai ke penghujung bulan la. Apapun kitaorang nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Gong Xi Fa Cai buat warga bangsa Cina di Malaysia.
Masuk je tahun 2009 ni, genaplah umur Lekor-D blog ni setahun…Matang manala setahun tu yerk. Ibaratnya baru setahun jagung…Banyak bende yang kitaorang kena belajar. Terutamanya, ‘Skill Of Drift’.
Virus drift di Terengganu? Apa kebende tu? Gini ceritanya, kitaorang punya Biro Badan Perhubungan Awam (En.Harista) telah mendapat maklumat bahawa drift di Terengganu ni semakin ‘menggila’. Macam terkena serangan virus. Bukan drifter yang kena virus,tapi masyarakat di Kuala Terengganu….
Baru2 ni, Harista berpeluang terlibat secara lansung (tgk depan mata da…) dgn drifter K.Trg membuat drift praktis kat Stadium SMZA (stadium baru). Dia punya penonton, macam orang tgk FunFair….ramai tu…..Macam tgk konsert pun ada. Virusssss……drift.
Apapun kitaorang tumpang semangat dan gembira dgn kemajuan sukan drift di sini. Walaupun Lekor-D tak dapat penonton seramai tu,namun kitaorang tetap menyokong usaha2 drifter K.Trg memperkenalkan drift di mata masyarakat.
Berdasarkan maklumat Harista, team yang membuat latihan di sana ialah Terengganu Old Skool Car Club (TOSCC). Lekor-D masih berusaha utk membuat ‘jaringan’ perhubungan dgn otai2 TOSCC agar dapat bersama mengumpul team2 drift dari Pantai Timur. Harap usaha Harista berjaya…..
Cakap banyak pun tak guna, kita layan video2 aksi team TOSCC yang sempat kami ambil dari Youtube buat tatapan dan bukti cerita kami ini. Jumpa lagi pada episod terkini dari kami. Roger ‘N’ Out…
lekordirft.com
Malaysia Drift Activity 2009-Updated!
JANUARY 2009


_____________________________________
FEBRUARY 2009


_____________________________________
MAC 2009
Info: Website dan Forum terbaik untuk Malaysia Drift.
Informasi ini berguna buat peminat2 Drift di Malaysia. Kami senaraikan web dan ruangan forum yang terbaik untuk rujukan kalian untuk mengetahui maklumat2 dan xtvt2 terkini Drift di Malaysia.Juga antara blog yang terbaik mengenai Drift team ialah LEKORDRIFT.COM (alamak..promosi diri sendiri la pulak)
Senarai2 tersebut ialah:
www.drift.com.my
www.angle-d5.com
www.fiento-d.com
www.jbdrift.com
LD Blog 09: Lekordrift T’shirt Direalisasikan.
SALAM,
Semenjak 2 menjak ni, Lekor-D tak byk xtvt kat trek. Lagipun kereta2 masih ada kat bengkel.Jadi kitaorang lebih tumpu pada xtvt atas kertas dan kat laptop. Antara xtvt yang ada dalam senarai tahun 2008 ialah buat t’shirt untuk member2 Lekor-D.
Nak taknak kena proceed gak projek ni. Nak buat team yang seragam, kenalah ada pakaian seragam..Hu…hu…Hu…
Alhamdulillah,atas kerjasama member2 Lekor-D, kitaorang dah pun hantar design t’shirt untuk diprintkan pada Nov 2008 (bulan ni le…). Desingnnya takdelah hadrcore sangat, sekadar cukup2 makan je. Selepas difikir2kan, maka terhasilah sample seperti ini.
DEPAN
BELAKANG
Motif sebenar projek ni adalah untuk menampakkan keseragaman Lekor-D semasa praktis,TT dan juga event. Selain tu, ia juga salah satu Lekor-D product yang pertama akan dipasarkan.He..he…he… Maknanya, bukan member Lekor-D je ada,tetapi sesiapa yang berminat nak dapatkan t’shirt tu pun boleh beli. So far, tak decide lagi harga jualannya. Tunggu hasil print yang akan dijadikan sebagai sample produk. Nanti kitaorang blogkan setelah t’shirt tu dah siap.
kalau nak kenal member2 original Lekor-D kat trek senang la sikit, camlah kitaorang dengan t’shirt rasmi tersebut.
So, sekian liputan terkini xtvt Lekor-D buat masa ini.Jumpa lagi kalian kat next blog. ARIOSSS…
LEKORDRIFT
LD Blog 08: 4th Pekan drifter at Lekordrift park.
Pada 25 Oct 08 yang lalu, sesi latihan rasmi telah selamat dijalankan. Apa yang lebih menarik kali ini ialah kemeriahan dari penglibatan drifter2 dari negeri jiran iaitu Pahang. 5 biji kereta masing2 dari Pekan dan Kuantan telah sudi bertandang buat kali pertama ke Lekor-D park.
Walaupun ini kali pertama kehadiran mereka, mereka tidak menunjukan rasa malu lantas ‘melebamkan’ track pada tahap yang maksimum (Ala2 Impak Maksima).
Penglibatan yang pertama juga buat Lekor-D drifter iaitu Mr.Harista. Beliau dgn jentera KE70 (LEVIN INSIDE!) yang baru saja siap proses kemasukkan 4AGE ke dalam ruang enjin. Ini adalah satu2nya jentera Lekor-D yang mempunyai tahap kekuasaan njin tertinggi. Awas!!! Nantikan kemunculannya di event2 drift.
Apapun, cerita panjang pun takde guna. So, kita layan jelah attachment2 di bawah ini. Layannnnnnn………
LEKORDRIFT.COM

























Comments(3)







